..:: SUDUT PERSONALITI ::..

- Keunikan Personaliti Mengharmoni Kehidupan Manusiawi -



( )


UNSUR / ELEMEN MANUSIA

Lima Elemen / Wu Xing

Peramal kuno di China membuat putaran 60 tahunan, kecenderungan yang mirip antara bintang Barat dan Timur. Dalam putaran ini, setiap rentang waktu 60 tahun merupakan salah satu dari tiga bahagian yang ada dalam Putaran Solar Hebat (Great Solar Cycle) selama 180 tahun. Hal ini adalah sama dengan jumlah tahun yang diperlukan untuk memberikan elemen kepada setiap duabelas unsure (Shio) yang ada iaitu bersamaan 5 x 12 = 60.

Oleh kerana itu, seni kuno ini sering dianggap sebagai perpaduan antara matematik dan ilmu pengetahuan. Elemen juga memberikan lapisan tambahan dari erti setiap unsur (shio) yang ada. Elemen Air, Api, Logam, Kayu, dan Tanah memberikan penjelasan yang lebih jelas lagi berbanding personaliti/karektor binatang dalam unsur (shio). Orang Cina percaya bahawa segala sesuatu yang nyata di dunia ini, sama ada yang jelas di mata maupun tidak, dikategorikan sebagai air, kayu, api, tanah atau logam.


Putaran (Siklus) dari lima elemen atau dikenal dengan Wu Xing adalah salah satu konsep yang penting dalam pengubatan tradisional Cina, analisa nasib dan feng shui. Anda perlu tahu hubungan antara kelima-lima elemen ini dan bagaimana ianya saling mempengaruhi satu sama lain. Dalam membahas mengenai unsure (Shio) dan nasib (Feng Shui), untuk itu ada baiknya anda mengetahui apakah jenis elemen yang kamu miliki.


Logam

Unsur Logam melambangkan sifat kaku dan keras sesuai dengan tingkat maksima dalam unsur (shio) mereka. Orang-orang yang berada dalam unsur ini dibimbing oleh perasaan yang kuat dan akan mengejar serta meggapai tujuan mereka dengan tekun dan tanpa ragu. Didukung oleh tekad kuat, mereka akan terus berusaha untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Biasanya mereka adalah orang yang bercita-cita tinggi dan tidak tergugah dalam keyakinan diri.

Orang-orang ini tidak dapat dengan mudah diumbang-ambingkan atau dipengaruhi untuk mengubah sesuatu jalan yang telah mereka tentukan, walaupun berhadapan dengan kesulitan, kemunduran atau kegagalan. Keteguhan dan kegigihan yang mereka miliki sesuai dengan karakter unsur (shio) mereka, iaitu mereka yang dilahirkan dengan unsur logam akan turut diperkuatkan oleh unsur Logam lain yang ada.

Unsur Logam cenderung memilih menyelesaikan masalah yang dihadapi dan tidak akan menghargai campur tangan atau bantuan yang tidak diperlu atau diharapkan. Mereka memiliki tujuan, melancarkan laluan serta mewujudkan cita-cita mereka tanpa bantuan dari pihak lain. Mereka memiliki naluri yang kuat tentang kewangan dan material, dan akan menggunakannya untuk mendukung jiwa merdeka serta selera hidup yang tinggi terhadap kemewahan, kemakmuran dan kekuasaan. Akan tetapi mereka juga kadangkala mengalami kesulitan menyesuaikan diri dengan keadaan yang tidak lagi dapat dikendalikan atau diterima oleh akal fikiran mereka yang teguh.

Jika benar-benar ingin efektif, unsur Logam perlu berkompromi dan tidak terlalu berpegang pada prinsip. Seringkali, mereka bersikap terlalu kaku dan teguh pada pendapat sendiri sehingga merosak sesuatu hubungan yang baik hanya kerana orang lain tidak dapat memenuhi atau menyesuaikan diri dengan keinginan mereka.


Air

Unsur Air mempunyai kemampuan besar untuk berkomunikasi dan melaksanakan idea-idea yang ada dengan cara mempengaruhi orang lain untuk mewujudkannya. Mereka mencapai keinginannya dengan menunjukkan dan memanfaatkan bakat serta kemampuan orang lain. Mereka lebih mudah berada di bawah kawalan perasaan, namun ianya akan bergantung dengan unsur (shio) sekeliling yang mereka miliki. Meskipun demikian, pendekatan mereka tidak pernah membuat orang lain merasa telah dimanfaatkan / digunakan.

Mereka memiliki bakat dan naluri yang tinggi dalam melihat hal-hal yang akan menjadi penting dan berpotensi pada masa depan. Sesuai dengan karakter Air, mereka akan berusaha menyingkir halangan besar dengan tenang disertai usaha yang berterusan atau konsisten. Mereka berbakat dalam mendorong orang lain mengimpikan apa yang mereka harus capai atau dengan kata lain, mendorong bukannya memaksa orang untuk melakukan suatu tindakan. Salah satu sisi negatif unsur ini adalah terlalu mudah terbawa-bawa lingkungan atau cenderung untuk memilih jalan mudah. Ciri negatif yang ketara ialah mereka bersikap lewa dan pasif serta terlalu bergantung diri pada orang lain.

Kerana naluri mereka yang peka terhadap perasaan orang dan suasana lingkungan, mereka berubah-ubah seperti unsur yang mewakilinya iaitu Air.

Jika ingin lebih berjaya, mereka harus bersikap lebih meyakinkan dan menggunakan kemampuan terpendam mereka yang besar untuk mewujudkan idea-idea sendiri dan orang lain pastinya lebih rela mengikuti naluri mereka.


Kayu

Unsur Kayu melambangkan moral dan rasa percaya diri yang tinggi. Mereka berbakat dalam membahagi serta memisahkan pelbagai masalah dalam kategori yang benar agar ia sesuai dengan tujuan penyelesaian. Sifat maju dan murah hati yang mereka miliki memungkinkan mereka berjaya dalam melaksanakan projek-projek besar, perkembangan jangka panjang mahupun merencana penelitian ilmu/ilmiah yang strategik. Minat mereka adalah sangat luas dan beraneka ragam. Mereka juga minat untuk bekerjasama dalam mendukung hal-hal berskala besar.

Mereka mampu meyakinkan orang lain untuk bekerjasama dengan mereka. Mereka berkembang dengan cepat dalam pelbagai bidang apabila terdapat kesempatan dan peluang, kerana mereka menginginkan perkembangan yang berterusan beserta tindakan pembaharuan. Mereka membahagi keuntungan yang mereka dapat dengan orang-orang yang cepat mendapat keuntungan tersebut. Niat baik mereka serta pengertian yang mendalam terhadap cara berfikir dan cara kerja orang lain dapat mendukung mereka ke posisi yang sangat cemerlang. Biasanya mereka dengan mudah mendapatkan bantuan dan pembiayaan daripada orang-orang yang memerlukan kemampuan/kepakaran mereka untuk mengubah informasi dan idea menjadi keuntungan.

Kelemahan terbesar untuk mereka yang lahir dalam Unsur Kayu adalah mereka cenderung terlalu banyak mengerjakan seorang diri hingga yang akhirnya tidak mampu menyelesaikan apa yang telah mereka mulakan. Rancangan mereka mungkin mengalami kegagalan atau mereka berpindah dari satu projek ke yang lain tanpa hasil yang memuaskan.


Api

Unsur Api akan menunjukkan bakat-bakat kepemimpinan yang tinggi, cepat mengambil keputusan dan percaya pada diri sendiri. Mereka adalah motivator yang baik dan mampu mewujudkan idea-idea, kerana mereka lebih agresif berbanding orang lain yang lahir di bawah unsur (shio) yang sama. Mereka menggemari halangan dan inovasi, dan kerapkali berjaya melaksanakan idea-idea baru serta berusaha mendominasi orang lain dengan kreativiti, keaslian serta kemampuan dalam menanggung risiko.

Mereka memiliki semua ketentuan untuk menjadi pemenang utama, asalkan mereka mahu menghargai pandangan dan mendengar pendapat orang lain sebelum melakukan suatu tindakan. Mereka harus mengembangkan sifat sebagai pendengar yang baik dan mengendalikan kecenderungan mereka untuk bersikap impulsif. Mereka yang berunsur Api juga cenderung untuk terlalu berani dalam mengemukakan pendapatnya.

Seperti unsurnya Api, mereka selalu menarik orang lain menuju kehangatan dan kecerdasan mereka dan dapat memberi keuntungan kepada orang-orang yang bekerjasama dengan mereka. Meskipun demikian, mereka harus mampu mengawal emosi, kerana cita-cita dan niat mereka yang menggebu-gebu akan melahirkan sifat egois hingga bersikap sebarangan / sembrono dan tidak sabar apabila keinginan mereka tidak wujud.

Makin banyak seorang yang berunsur Api berusaha mewujudkan keinginannya dengan kekuatan atau kekerasan, maka semakin kerap pula ia menghadapi persengketaan dan kesulitan. Mereka juga mungkin bersikap sembrono dan menyebabkan kerosakan bilamana mereka gagal mengawal serta mengarahkan energi / tenaga mereka dengan tepat.


Tanah

Unsur tanah lebih memperhatikan tindakbalas praktikal daripada impian yang besar. Mereka memiliki pemikiran yang luar biasa dan menyukai tujuan yang nyata / jelas. Dengan visi serta kemampuan untuk berorganisasi, mereka adalah perencana dan pengelola yang efektif. Mereka akan menggunakan segala potensi yang mereka ada secara optima dan cenderung serta bijaksana mengurus masalah kewangan. Mereka cerdas dan objektif dalam membimbing orang lain untuk mencapai tujuan yang telah diwujudkan dengan matang.

Pada umumnya mereka adalah orang-orang yang serius dan bermetodologi dalam cara kerja serta dapat berorganisasi / menjalankan segala jenis bisnes yang menuntut pengelolaan yang tegas. Mereka dapat memikul tanggung jawab mereka secara mengagumkan dan mampu mendisiplinkan diri sendiri secara efektif.

Mereka berunsur tanah adalah orang-orang yang akan bertanggungjawab terhadap pendapat mereka dan memiliki alasan dalam perlaksanaan yang mereka lakukan. Meskipun mereka mungkin bertindak dengan perlahan, namun biasanya mencapai hasil yang memuaskan dan mampu bertahan lebih lama.

Kelemahan mereka yang termasuk dalam unsur ini ialah umumnya mereka bersikap konservatif dan terlalu berhati-hati. Kelemahan mereka adalah kurangnya daya khayalan, kreativiti, terlalu egois dan menyukai gaya hidup rutin tanpa fleksibiliti.

Label: , , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

2 Responses to “UNSUR / ELEMEN MANUSIA”

  1. # Blogger Unknown

    19.12.2002
     

  2. # Blogger Unknown

    Bagaimanakah sifat orang yang lahir pada 19.12.2002  

Catat Ulasan

SUDUT PILIHAN

Laman Utama Sudut Isu Semasa Sudut Idea Kreatif Sudut Motivasi Sudut Teladan Sudut Personaliti Sudut Mutiara Hikmah Sudut Gelak Ketawa Sudut Tips & Petua Sudut Karya Sudut Galeri Foto






Pelawat Online




DOWNLOAD

  • Asmaul Husna
  • Nasyid AHAS
  • Nasyid Blogspot
  • Rabiah | Hijri Converter
  • XE | Money changer
  • Azim | Jawi Software
  • Azim | Jawi Font
  • Azim | Multikey
  • Azim | Panduan Multikey



  • LAMAN NASYID

    Haikal Official Site Rabbani Cyber Kerabat Devotees Komuniti Sahabat Hijjaz Mestica Fanz Club Mirwana Wildan Online Villa Sandaran Cinta Nasyeed.Com Komuniti Teman Inteam The Home of Raihan Web As Saufee


    LAMAN NGO

  • TERAS PENGUPAYAAN MELAYU
  • SAHABAT ALAM MALAYSIA
  • PER.PENGGUNA P.PINANG
  • ANG.BELIA ISLAM MALAYSIA
  • JEMAAH ISLAH MALAYSIA
  • PER.PERUBATAN ISLAM
  • MUSLIM PROFESIONAL
  • PPMUSM
  • PKPIM
  • KARISMA
  • HALUAN
  • HEWI PKPIM
  • APIS
  • ABIM Kelantan
  • ABIM Selangor
  • MISG-ABIM
  • PPIK - Kelantan
  • Kelab Remaja JIM
  • Kelab Remaja JIM
  • Seni Kehidupan
  • NISA'


  • BLOG MATERIAL

  • DailyBlogTips -> Tips
  • Clockmysite -> Embed Clock
  • ClockLink -> Embed Clock
  • Dynamic Drive -> Cipta Icon
  • Singingbox -> Upload Music
  • Ripway -> Sharing Document
  • 4shared.com -> File Sharing
  • Easy Poll -> Create Your Poll
  • Poll Code -> Free Poll
  • Awesome -> MP3 Player
  • Stickam -> AV & Photo Playlist
  • Eggdisk -> File Hosting
  • Imageshack - Image Hosting
  • PhotoBucket - Image Hosting
  • Meebo -> Chatting Online
  • Cbox -> Chatting Box
  • Shouthuns -> Chatting Box
  • Wordpress -> Free Blog:
  • Blogger -> Free Blog
  • BlogDrive -> Free Blog
  • GOOGLE -> Translate
  • ANFYteam -> Skrip Java
  • Odeo -> Studio Login
  • Windows Media Player


  • LINK


    Blogger Blogger
    Gmail Account Gmail - Mail Settings 
    Groups Groups - Subscriptions 
    Reader Reader - Settings 
    Talk Talk


    Yahoo Malaysia Broadcast Yourself
    Best Malaysian Sites Photo Bucket
    Go Meebo Powered By Blogger
    Powered by Blogger make money online blogger templates



    Powered By

    Powered by Blogger

    make money online blogger templates



    ..::: PENAFIAN :::..

    SEMUA PANDANGAN, KENYATAAN, IDEA, GAMBAR, POSTER, PENULISAN MAHUPUN APA-APA SAJA DALAM WEB INI ADALAH PANDANGAN PENULIS SEMATA-MATA.
    SEKIRANYA TERDAPAT PERSAMAAN ATAU PERCANGGAHAN, IA ADALAH SECARA KEBETULAN SAHAJA.

    COPYRIGHT © 2007
    (HAKCIPTA YANG HAKIKI ADALAH MILIK ALLAH S.W.T.)
    Blogger Templates Design by WAK KARTO | Written By WAK KARTO