..:: SUDUT PERSONALITI ::..

- Keunikan Personaliti Mengharmoni Kehidupan Manusiawi -



( )


Tunang Ku



TIPS MENGENALI DIRI ANDA ......

Katakan anda telah bertunang....
Anda ingin ke rumah si dia pada satu hari....
Terdapat dua jalan dihadapan anda untuk ke rumah si dia...
1.a) jalan dekat
1.b) jalan jauh

Selepas membuat pilihan, anda meneruskan perjalanan ......
Tiba di suatu tempat, anda berjumpa kebun bunga yang dipenuhi bunga ros...
Berwarna-warni dan cantik sekali....
Anda ingin memberikan kepada si dia...
Warna bunga ros pilihan....
2.a) merah
2.b) kuning
2.c) putih

Jenis bunga ros pilihan anda
3.a) kembang
3.b) separa kembang
3.c) kuncup

Bilangan bunga ros untuk diberi kepada si dia??
4.a) satu
4.b) tiga
4.c) lima

Keadaan bunga ros yang dipetik?
5.a) Berduri tanpa daun
5.b) Berduri dengan daun
5.c) Bunga sahaja

Bagaimana anda ingin memberi bunga ros kepada si dia?
6.a) Diikat
6.b) Diletak dalam bakul

Kemudian anda meneruskan perjalanan dan tiba di rumah si dia....
Siapakah yang anda akan bertemu dahulu....??
7.a) Tunang anda
7.b) Ibubapa tunang anda

Lepas dijemput masuk..anda duduk di sofa...apakah warna sofa yang anda duduk?
8.a) kuning
8.b) merah
8.c) biru
8.d) hijau
8.e) pink
8.f) oren
8.g) hitam

Dihadapan anda terdapat sebuah meja hidang....apakah bentuk meja tersebut?
9.a) Bulat
9.b) Bujur
9.c) Segiempat

Anda dihidangkan dengan minuman...minuman apa pilihan anda??
10.a) teh
10.b) kopi
10.c) milo

Masih ingat pada bunga ros?? Anda beri kepada si dia dan di manakah anda ingin si dia meletakkan bunga ros tersebut?
11.a) tepi katil dalam bilik
11.b) tepi tingkap

Selepas berbual panjang...anda meminta keizinan untuk pulang....kemudian anda bersalaman dgn ibu tunang anda dan terus beredar pulang...terdapat 2 jalan seperti mula-mula datang....
12.a) jalan jauh
12.b) jalan dekat

Selepas itu, anda baru sedar bahawa jalan yang anda lalui mempunyai sebatang sungai...
Bagaimana anda lihat sungai tersebut?
13.a) melingkar seperti bentuk ular
13.b) lurus seperti jalanraya

Sungai yang anda lihat, kedalamannya bagaimana?
14.a) Cetek
14.b) Dalam

Jambatan yang merentangi sungai diperbuat daripada apa??
15.a) kayu
15.b) besi


Soalan tamat...

Terima kasih kerana meluangkan masa menjawap...ingin tahu jawapannya???
Sila jawab dan klik di bawah untuk jawapan melalui emel....
Hanya emel yang disertakan jawapan sahaja akan diberi maklumbalas.
Sekian.


[ KLIK UNTUK JAWAPAN ]

Label: , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

Awlawiyat




PERSONALITI ANDA IALAH......

Katakan peristiwa berikut berlaku secara serentak, yang manakah keutamaan anda sekiranya pilihan perlu dibuat.....

a) Pakaian diampaian (perlu diangkat kerana hujan mulai turun)
b) Anak menangis (perlu dipujuk)
c) Telefon berdering (perlu dijawab)
d) Pintu rumah diketuk (perlu dibuka)
e) Air pili mengalir (perlu ditutup)


[ KLIK UNTUK JAWAPAN ]

Label: , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

Apakah Di Fikiran Anda ?

  • Please take this test mentally. Don't write down the answers, do it quickly.

  • Pick a number from 2 to 9. It can be 2 or it can be 9, or any number in-between.

  • Take the number that you've selected, and multiply it by 9.

  • That should give you a two digit number. Take those two digits and add them together.

  • Take the resulting number and subtract 5 from it.

  • Take that number and correspond it to the alphabet, numbering letters. A=1, B=2, C=3, and so on.

  • Take your letter, and think of a country that begins with that letter.

  • Take the last letter in the name of that country, and think of an animal that starts with this letter.

  • Now, take the last letter in the name of that animal, and think of a color that starts with this letter.

  • Oh, and one more thing...


[ KLIK UNTUK JAWAPAN ]

Label: , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

Prinsip Hidup



BINATANG KESAYANGAN...


Katakan anda membawa lima binatang peliharaan dari Johor ke Perlis....Binatang tersebut adalah Singa, Kucing, Burung, Arnab, Kambing....

Dalam perjalanan, anda singgah di empat negeri untuk berehat...syarat untuk berehat, anda perlu tinggalkan seekor binatang peliharaan yang anda bawa....

Ketika melalui Melaka, anda ingin berehat. Apakah binatang pertama yang ditinggalkan?
a)........

Selepas meneruskan perjalanan dan tiba di Selangor, sekali lagi anda berhenti berehat....Apakah binatang kedua yang ditinggalkan?....
b)........

Kemudian, perjalanan anda terhenti sekali lagi di Perak dan apakah binatang seterusnya yang anda tinggalkan?
c).........

Selepas melalui Pulau Pinang, anda pun tiba di Kedah dan sekali lagi anda keletihan serta perlu berehat. Apakah binatang yang ditinggalkan pada kali ini?
d)........

Akhirnya...anda tiba di Perlis dengan binatang peliharaan yang paling anda sayang dan tidak sanggup ditinggalkan sebelum ini....Apakah binatangnya?
e).........

[ KLIK UNTUK JAWAPAN ]

Label: , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

GARISAN TAPAK TANGAN

Garis Tangan Secara Umum
1. Garis Korset

Putus-putus -> Terlalu sensitif
Garis Jelas -> Terlalu emosional, dalam mengerjakan sesuatu perlu ada yang merangsang dan variasi
Tidak ada garis -> Keperibadian yang tenang.
Pendek -> Bersimpati terhadap perasaan orang lain
Memotong garis nasib dan garis matahari -> memiliki bakat khusus
Berakhir pada bukit Merkuri -> Mempunyai tenaga yang besar namun cenderung berlebihan
Menyelusuri sisi tangan -> penakut.


2. Bima Sakti

Melengkung -> Membenci dirinya sendiri
Lurus -> Tidak setia dan kurang menyukai kestabilan
Lurus dan panjang -> Pandai berbahas namun moral yang meragukan
Melengkung dan berawal di dalam bukit Venus -> Mengatasi segala hal yang berlebihan dan dapat menjadi ekstrem.
Garis cabang Bersilang dengan garis matahari -> Kerugian kewangan sebagai akibat sesuatu hubungan (misalnya penyelesaian perceraian yang mahal) jika garis itu bersilang. -> Berbakat menjadi orang yang kaya jika garis-garis tesebut tidak bersilang.


3. Gelang

Lebih dari 1 garis dan jelas -> Kehidupan yang sihat, sejahtera dan damai.
Bahagian atas melengkung ke dalam telapak tangan -> Dapat mengalami kesulitan.
Garis dari bahagian atas ke arah bukit Merkuri -> Kekayaan mendadak.
Garis dari bahagian atas ke arah bukit Jupiter -> Perjalanan yang panjang dan menguntungkan.


4. Garis Kesihatan

Putus-putus -> Stamina kurang
Tidak ada garis -> Keadaan fizikal yang kuat dan sihat
Sangat Jelas -> Daya tahan tubuh adalah rendah / lemah
Bergelombang -> Masalah pencernaan
Menyentuh garis kehidupan -> Berbahaya, perlu rawatan kesihatan tambahan pada saat itu.


5. Garis Kehidupan Dakhil/Mars

Jelas -> memiliki daya tahan tinggi jika diserang penyakit atau musibah.


6. Garis Perkahwinan

Kabur -> menunjukkan hubungan yang dimiliki tidak terlalu akrab.
Terlihat jelas -> Hubungan yang akrab. Jumlah garis dianggap menunjukkan jumlah hubungan.
Terputus -> Mungkin Perceraian atau perpisahan
Panjang dan lurus -> Menjurus hubungan yang lama dan bahagia
Garis terputus namun menyambung -> Berkumpul kembali setelah berpisah.
Dua Garis -> Hubungan dengan dua orang pada saat yang sama, kedalaman relatif daripada perhubungan ditunjukkan dengan kuatnya garis.
Melengkung jelas ke atas -> Tidak menikah.
Melengkung ke atas berpotongan dengan garis matahari -> Perkahwinan mungkin tidak bahagia. -> Jika tidak berpotongan, mungkin dapat menikah dengan orang terkenal atau kaya.
Melengkung ke bawah -> mungkin berusia lebih panjang dari pasangan
Diakhiri bentuk cabang -> Mungkin perceraian atau perpisahan
Terpotong korset -> Perkahwinan yang mungkin tidak membahagiakan
Di awal bentuk cabang -> Penundaan atau kecewa pada awal hubungan.


7. Garis Anak

Jumlah garis dianggap mewakilkan jumlah anak; garis yang lebih jelas menunjukkan anak lelaki sedangkan yang lebih lemah mungkin menunjukkan anak perempuan.

Label: , , , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

UNSUR / ELEMEN MANUSIA

Lima Elemen / Wu Xing

Peramal kuno di China membuat putaran 60 tahunan, kecenderungan yang mirip antara bintang Barat dan Timur. Dalam putaran ini, setiap rentang waktu 60 tahun merupakan salah satu dari tiga bahagian yang ada dalam Putaran Solar Hebat (Great Solar Cycle) selama 180 tahun. Hal ini adalah sama dengan jumlah tahun yang diperlukan untuk memberikan elemen kepada setiap duabelas unsure (Shio) yang ada iaitu bersamaan 5 x 12 = 60.

Oleh kerana itu, seni kuno ini sering dianggap sebagai perpaduan antara matematik dan ilmu pengetahuan. Elemen juga memberikan lapisan tambahan dari erti setiap unsur (shio) yang ada. Elemen Air, Api, Logam, Kayu, dan Tanah memberikan penjelasan yang lebih jelas lagi berbanding personaliti/karektor binatang dalam unsur (shio). Orang Cina percaya bahawa segala sesuatu yang nyata di dunia ini, sama ada yang jelas di mata maupun tidak, dikategorikan sebagai air, kayu, api, tanah atau logam.


Putaran (Siklus) dari lima elemen atau dikenal dengan Wu Xing adalah salah satu konsep yang penting dalam pengubatan tradisional Cina, analisa nasib dan feng shui. Anda perlu tahu hubungan antara kelima-lima elemen ini dan bagaimana ianya saling mempengaruhi satu sama lain. Dalam membahas mengenai unsure (Shio) dan nasib (Feng Shui), untuk itu ada baiknya anda mengetahui apakah jenis elemen yang kamu miliki.


Logam

Unsur Logam melambangkan sifat kaku dan keras sesuai dengan tingkat maksima dalam unsur (shio) mereka. Orang-orang yang berada dalam unsur ini dibimbing oleh perasaan yang kuat dan akan mengejar serta meggapai tujuan mereka dengan tekun dan tanpa ragu. Didukung oleh tekad kuat, mereka akan terus berusaha untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Biasanya mereka adalah orang yang bercita-cita tinggi dan tidak tergugah dalam keyakinan diri.

Orang-orang ini tidak dapat dengan mudah diumbang-ambingkan atau dipengaruhi untuk mengubah sesuatu jalan yang telah mereka tentukan, walaupun berhadapan dengan kesulitan, kemunduran atau kegagalan. Keteguhan dan kegigihan yang mereka miliki sesuai dengan karakter unsur (shio) mereka, iaitu mereka yang dilahirkan dengan unsur logam akan turut diperkuatkan oleh unsur Logam lain yang ada.

Unsur Logam cenderung memilih menyelesaikan masalah yang dihadapi dan tidak akan menghargai campur tangan atau bantuan yang tidak diperlu atau diharapkan. Mereka memiliki tujuan, melancarkan laluan serta mewujudkan cita-cita mereka tanpa bantuan dari pihak lain. Mereka memiliki naluri yang kuat tentang kewangan dan material, dan akan menggunakannya untuk mendukung jiwa merdeka serta selera hidup yang tinggi terhadap kemewahan, kemakmuran dan kekuasaan. Akan tetapi mereka juga kadangkala mengalami kesulitan menyesuaikan diri dengan keadaan yang tidak lagi dapat dikendalikan atau diterima oleh akal fikiran mereka yang teguh.

Jika benar-benar ingin efektif, unsur Logam perlu berkompromi dan tidak terlalu berpegang pada prinsip. Seringkali, mereka bersikap terlalu kaku dan teguh pada pendapat sendiri sehingga merosak sesuatu hubungan yang baik hanya kerana orang lain tidak dapat memenuhi atau menyesuaikan diri dengan keinginan mereka.


Air

Unsur Air mempunyai kemampuan besar untuk berkomunikasi dan melaksanakan idea-idea yang ada dengan cara mempengaruhi orang lain untuk mewujudkannya. Mereka mencapai keinginannya dengan menunjukkan dan memanfaatkan bakat serta kemampuan orang lain. Mereka lebih mudah berada di bawah kawalan perasaan, namun ianya akan bergantung dengan unsur (shio) sekeliling yang mereka miliki. Meskipun demikian, pendekatan mereka tidak pernah membuat orang lain merasa telah dimanfaatkan / digunakan.

Mereka memiliki bakat dan naluri yang tinggi dalam melihat hal-hal yang akan menjadi penting dan berpotensi pada masa depan. Sesuai dengan karakter Air, mereka akan berusaha menyingkir halangan besar dengan tenang disertai usaha yang berterusan atau konsisten. Mereka berbakat dalam mendorong orang lain mengimpikan apa yang mereka harus capai atau dengan kata lain, mendorong bukannya memaksa orang untuk melakukan suatu tindakan. Salah satu sisi negatif unsur ini adalah terlalu mudah terbawa-bawa lingkungan atau cenderung untuk memilih jalan mudah. Ciri negatif yang ketara ialah mereka bersikap lewa dan pasif serta terlalu bergantung diri pada orang lain.

Kerana naluri mereka yang peka terhadap perasaan orang dan suasana lingkungan, mereka berubah-ubah seperti unsur yang mewakilinya iaitu Air.

Jika ingin lebih berjaya, mereka harus bersikap lebih meyakinkan dan menggunakan kemampuan terpendam mereka yang besar untuk mewujudkan idea-idea sendiri dan orang lain pastinya lebih rela mengikuti naluri mereka.


Kayu

Unsur Kayu melambangkan moral dan rasa percaya diri yang tinggi. Mereka berbakat dalam membahagi serta memisahkan pelbagai masalah dalam kategori yang benar agar ia sesuai dengan tujuan penyelesaian. Sifat maju dan murah hati yang mereka miliki memungkinkan mereka berjaya dalam melaksanakan projek-projek besar, perkembangan jangka panjang mahupun merencana penelitian ilmu/ilmiah yang strategik. Minat mereka adalah sangat luas dan beraneka ragam. Mereka juga minat untuk bekerjasama dalam mendukung hal-hal berskala besar.

Mereka mampu meyakinkan orang lain untuk bekerjasama dengan mereka. Mereka berkembang dengan cepat dalam pelbagai bidang apabila terdapat kesempatan dan peluang, kerana mereka menginginkan perkembangan yang berterusan beserta tindakan pembaharuan. Mereka membahagi keuntungan yang mereka dapat dengan orang-orang yang cepat mendapat keuntungan tersebut. Niat baik mereka serta pengertian yang mendalam terhadap cara berfikir dan cara kerja orang lain dapat mendukung mereka ke posisi yang sangat cemerlang. Biasanya mereka dengan mudah mendapatkan bantuan dan pembiayaan daripada orang-orang yang memerlukan kemampuan/kepakaran mereka untuk mengubah informasi dan idea menjadi keuntungan.

Kelemahan terbesar untuk mereka yang lahir dalam Unsur Kayu adalah mereka cenderung terlalu banyak mengerjakan seorang diri hingga yang akhirnya tidak mampu menyelesaikan apa yang telah mereka mulakan. Rancangan mereka mungkin mengalami kegagalan atau mereka berpindah dari satu projek ke yang lain tanpa hasil yang memuaskan.


Api

Unsur Api akan menunjukkan bakat-bakat kepemimpinan yang tinggi, cepat mengambil keputusan dan percaya pada diri sendiri. Mereka adalah motivator yang baik dan mampu mewujudkan idea-idea, kerana mereka lebih agresif berbanding orang lain yang lahir di bawah unsur (shio) yang sama. Mereka menggemari halangan dan inovasi, dan kerapkali berjaya melaksanakan idea-idea baru serta berusaha mendominasi orang lain dengan kreativiti, keaslian serta kemampuan dalam menanggung risiko.

Mereka memiliki semua ketentuan untuk menjadi pemenang utama, asalkan mereka mahu menghargai pandangan dan mendengar pendapat orang lain sebelum melakukan suatu tindakan. Mereka harus mengembangkan sifat sebagai pendengar yang baik dan mengendalikan kecenderungan mereka untuk bersikap impulsif. Mereka yang berunsur Api juga cenderung untuk terlalu berani dalam mengemukakan pendapatnya.

Seperti unsurnya Api, mereka selalu menarik orang lain menuju kehangatan dan kecerdasan mereka dan dapat memberi keuntungan kepada orang-orang yang bekerjasama dengan mereka. Meskipun demikian, mereka harus mampu mengawal emosi, kerana cita-cita dan niat mereka yang menggebu-gebu akan melahirkan sifat egois hingga bersikap sebarangan / sembrono dan tidak sabar apabila keinginan mereka tidak wujud.

Makin banyak seorang yang berunsur Api berusaha mewujudkan keinginannya dengan kekuatan atau kekerasan, maka semakin kerap pula ia menghadapi persengketaan dan kesulitan. Mereka juga mungkin bersikap sembrono dan menyebabkan kerosakan bilamana mereka gagal mengawal serta mengarahkan energi / tenaga mereka dengan tepat.


Tanah

Unsur tanah lebih memperhatikan tindakbalas praktikal daripada impian yang besar. Mereka memiliki pemikiran yang luar biasa dan menyukai tujuan yang nyata / jelas. Dengan visi serta kemampuan untuk berorganisasi, mereka adalah perencana dan pengelola yang efektif. Mereka akan menggunakan segala potensi yang mereka ada secara optima dan cenderung serta bijaksana mengurus masalah kewangan. Mereka cerdas dan objektif dalam membimbing orang lain untuk mencapai tujuan yang telah diwujudkan dengan matang.

Pada umumnya mereka adalah orang-orang yang serius dan bermetodologi dalam cara kerja serta dapat berorganisasi / menjalankan segala jenis bisnes yang menuntut pengelolaan yang tegas. Mereka dapat memikul tanggung jawab mereka secara mengagumkan dan mampu mendisiplinkan diri sendiri secara efektif.

Mereka berunsur tanah adalah orang-orang yang akan bertanggungjawab terhadap pendapat mereka dan memiliki alasan dalam perlaksanaan yang mereka lakukan. Meskipun mereka mungkin bertindak dengan perlahan, namun biasanya mencapai hasil yang memuaskan dan mampu bertahan lebih lama.

Kelemahan mereka yang termasuk dalam unsur ini ialah umumnya mereka bersikap konservatif dan terlalu berhati-hati. Kelemahan mereka adalah kurangnya daya khayalan, kreativiti, terlalu egois dan menyukai gaya hidup rutin tanpa fleksibiliti.

Label: , , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

GARIS TAPAK TANGAN

Garis Tapak Tangan Secara Umum
1. Bukit Venus

Amat besar, berkembang berlebihan secara fizikal -> amat energetrik, hedonistik.
Lebar dan Bulat -> berjiwa hangat, tulus penuh perhatian, menyukai anak-anak.
Datar, tidak berkembang -> keadaan jasmani rapuh, memisahkan diri dan dapat berdiri sendiri.
Tinggi dan keras -> amat berorientasi pada seks.
Tinggi dan lembut -> mudah tergugat dan bimbang.
Bahagian bawah lebih menonjol -> suka kepada hal-hal seni

2. Bawah Mars

Datar, tidak berkembang -> pengecut, takut pada penderitaan fizikal.
Ukuran normal -> Berani-tegas.
Amat besar -> Mungkin kejam, tetapi tidak pernah takut mengambil risiko

3. Bukit Jupiter

Menandakan semangat, kental, berwatakan baik dan pandai bersahabat.

4. Bukit Saturnus

Normal -> berfikiran serius, berhati-hati, bijaksana.
Datar -> tidak memiliki tujuan hidup yang jelas.
Miring ke arah bukit matahari -> mempunyai ekspresi tinggi terhadap keindahan

5. Bukit Matahari

Datar -> Mengarah kepada kehidupan yang membosankan.
Normal -> orang yang beruntung, memiliki selera baik.
Amat besar berkembang berlebihan -> mewah, ekstravagan, hedonistik dan keseronokan.
Menghala ke arah bukit Merkuri -> dapat menjana wang dari aktiviti kesenian

6. Bukit Merkuri

Datar, tidak berkembang -> menjemukan, mudah tertipu, dan tidak mempunyai rasa humor. Orang yang gagal.
Normal -> Cepat berfikir, persesif, bekerja keras.
Besar -> memiliki selera humor yang baik
Amat besar -> Penipu, materialistik dan panjang tangan.

7. Bukit Mars

Datar -> cenderung pengecut kerana hanya tertarik pada diri sendiri
Normal -> Berani membela kebenaran
Amat besar -> Berketrampilan buruk, kejam secara mental.

8. Bukit Bulan

Normal -> sensitif, romantik dan imaginatif.
Datar -> Kurang imaginatif, tidak mempunyai rasa simpati, tidak stabil.
Amat besar -> Imaginatif berlebihan, introspektif, mungkin tidak jujur
Tinggi dan keras -> Pemimpin yang bimbang, mudah tersinggung

Label: , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

FENG SHUI

Apakah itu Feng Shui ?

Feng Shui (orang Malaysia/Indonesia sering mengucapkan 'Hong Shui') adalah warisan berharga dan tradisi orang Tionghoa. Feng shui sangat diterima dan menjadi begitu populer di banyak negara karena benar-benar meningkatkan kehidupan dan keberuntungan dengan sedikit biaya dan usaha. Feng shui dasar mudah dipelajari, namun merupakan subjek yang membutuhkan penjabaran rumus dan kedalaman analistik dan praktik.

Angka KUA

Dalam Feng Shui, setiap orang memiliki sudut atau arah bagus nya masing-masing sesuai dengan angka Kua yang dimilikinya. Angka Kua terdiri dari 1-9, dan menyatakan apakah seseorang itu termasuk dalam kelompok Barat atau Timur. Dalam praktiknya, Feng Shui bukan hanya ramalan, namun harus dipraktikan agar sesuai dengan keadaan orang tersebut.

Pertama, tentukan empat sudut yang paling baik, yaitu tempat-tempat paling menguntungkan di setiap ruangan, pejabat atau rumah anda. Apa pun yang anda lakukan di salah satu dari empat lokasi khusus ini akan memberi nasib baik dan melindungi anda dari nasib buruk. Hitung angka KUA dengan mengikuti rumus di bawah ini, kemudian lihat jadual untuk menentukan sudut paling menguntungkan anda. Inilah lokasi beruntung anda.

Rumus untuk menentukan angka KUA

Gunakan tahun kelahiran kalendar Masihi, tambahkan dua angka terakhir. Tambahkan terus sehingga diperoleh satu angka. Untuk lelaki, kurangkan angka ini dari 10. Itulah angka KUA anda. Untuk wanita, tambahkan angka KUA ini dengan 5. Itulah angka KUA anda. Jika anda mendapatkan dua angka, tambahkan terus sampai diperoleh satu angka. Kalau anda bingung, hitung saja angka KUA anda melalui kalkulator.



Catatan : SUDUT kelompok barat tidak bagus / baik untuk orang kelompok Timur, begitu juga sebaliknya.


p/s : Artikel ini hanyalah panduan dan perkongsian ilmu dan jauh sekali mendidik pembaca untuk melakukan tilikan. Kepercayaan kepada nasib buruk juga adalah salah.

Percayalah....Setiap apa yang berlaku pada diri kita mahupun sekeliling...ada hikmah di sebaliknya....."Sesungguhnya perbuatan menilik adalah salah dan berdosa di sisi Islam." Sebagai seorang Islam, kita harus percaya dan yakin kepada Qadha dan Qadar.

Label: , ,

#################### END OF THIS TOPIC ####################

SUDUT PILIHAN

Laman Utama Sudut Isu Semasa Sudut Idea Kreatif Sudut Motivasi Sudut Teladan Sudut Personaliti Sudut Mutiara Hikmah Sudut Gelak Ketawa Sudut Tips & Petua Sudut Karya Sudut Galeri Foto






Pelawat Online




DOWNLOAD

  • Asmaul Husna
  • Nasyid AHAS
  • Nasyid Blogspot
  • Rabiah | Hijri Converter
  • XE | Money changer
  • Azim | Jawi Software
  • Azim | Jawi Font
  • Azim | Multikey
  • Azim | Panduan Multikey



  • LAMAN NASYID

    Haikal Official Site Rabbani Cyber Kerabat Devotees Komuniti Sahabat Hijjaz Mestica Fanz Club Mirwana Wildan Online Villa Sandaran Cinta Nasyeed.Com Komuniti Teman Inteam The Home of Raihan Web As Saufee


    LAMAN NGO

  • TERAS PENGUPAYAAN MELAYU
  • SAHABAT ALAM MALAYSIA
  • PER.PENGGUNA P.PINANG
  • ANG.BELIA ISLAM MALAYSIA
  • JEMAAH ISLAH MALAYSIA
  • PER.PERUBATAN ISLAM
  • MUSLIM PROFESIONAL
  • PPMUSM
  • PKPIM
  • KARISMA
  • HALUAN
  • HEWI PKPIM
  • APIS
  • ABIM Kelantan
  • ABIM Selangor
  • MISG-ABIM
  • PPIK - Kelantan
  • Kelab Remaja JIM
  • Kelab Remaja JIM
  • Seni Kehidupan
  • NISA'


  • BLOG MATERIAL

  • DailyBlogTips -> Tips
  • Clockmysite -> Embed Clock
  • ClockLink -> Embed Clock
  • Dynamic Drive -> Cipta Icon
  • Singingbox -> Upload Music
  • Ripway -> Sharing Document
  • 4shared.com -> File Sharing
  • Easy Poll -> Create Your Poll
  • Poll Code -> Free Poll
  • Awesome -> MP3 Player
  • Stickam -> AV & Photo Playlist
  • Eggdisk -> File Hosting
  • Imageshack - Image Hosting
  • PhotoBucket - Image Hosting
  • Meebo -> Chatting Online
  • Cbox -> Chatting Box
  • Shouthuns -> Chatting Box
  • Wordpress -> Free Blog:
  • Blogger -> Free Blog
  • BlogDrive -> Free Blog
  • GOOGLE -> Translate
  • ANFYteam -> Skrip Java
  • Odeo -> Studio Login
  • Windows Media Player


  • LINK


    Blogger Blogger
    Gmail Account Gmail - Mail Settings 
    Groups Groups - Subscriptions 
    Reader Reader - Settings 
    Talk Talk


    Yahoo Malaysia Broadcast Yourself
    Best Malaysian Sites Photo Bucket
    Go Meebo Powered By Blogger
    Powered by Blogger make money online blogger templates



    Powered By

    Powered by Blogger

    make money online blogger templates



    ..::: PENAFIAN :::..

    SEMUA PANDANGAN, KENYATAAN, IDEA, GAMBAR, POSTER, PENULISAN MAHUPUN APA-APA SAJA DALAM WEB INI ADALAH PANDANGAN PENULIS SEMATA-MATA.
    SEKIRANYA TERDAPAT PERSAMAAN ATAU PERCANGGAHAN, IA ADALAH SECARA KEBETULAN SAHAJA.

    COPYRIGHT © 2007
    (HAKCIPTA YANG HAKIKI ADALAH MILIK ALLAH S.W.T.)
    Blogger Templates Design by WAK KARTO | Written By WAK KARTO